fbpx

Pulau Ketam antara lokasi ceroboh, curi pokok bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (atas pentas) bersama Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat (kanan) hadir menyempurnakan program itu hari ini.

KUALA SELANGOR – Pulau Ketam, pesisir pantai Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara lokasi tumpuan kegiatan haram menebang dan mencuri pelbagai spesies pokok bakau di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, kegiatan itu didalangi pihak tertentu ekoran permintaan tinggi pokok bakau terutama dalam sektor pembinaan untuk dijadikan kayu cerucuk.

Kata beliau, pihaknya memandang serius aktiviti haram di kawasan pesisir pantai dan hutan paya bagi tujuan komersial itu.

“Kita sememangnya ada menerima laporan mengenai pencerobohan pokok bakau itu dan lokasi yang dikenal pasti seperti Pulau Ketam, pesisir pantai Kuala Selangor serta Sabak Bernam.

“Namun, kita menghadapi kekangan kerana tidak dapat menjalankan pemantauan 24 jam kerana kawasan pencerobohan yang luas,” katanya selepas menyempurnakan Program Pelepasan 5,000 Fun Walk Taman Alam sempena Karnival Kuala Selangor di sini, hari ini.

Jelas Loy Sian, pihaknya bagaimanapun sentiasa melakukan rondaan dan operasi penguatkuasaan secara berkala bagi membanteras kegiatan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI