fbpx

Semenanjung Gaza dihujani bom Israel, Palestin bedil puluhan roket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
API menjulang semasa tentera Israel mengebom Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza,  manakala kumpulan pejuang Palestin membalas dengan bedilan roket hari ini dalam peningkatan keganasan paling buruk di rantau Asia Barat sejak perang pada tahun lalu.

Pihak berkuasa Palestin di Semenanjung Gaza berkata, 10 orang terbunuh dalam pengeboman Rejim Zionis termasuk seorang budak perempuan berumur lima tahun sementara 75 yang lain cedera. Tentera Israel menganggarkan operasinya membunuh seramai 15 pejuang Palestin.

“Kami menganggap 15 orang mati  semasa berperang di Gaza,” kata jurucakap tentera Israel, Richard Hecht merujuk kepada pejuang Palestin.

Kereta-kereta kebal Israel pula mengambil kedudukan di sempadan, manakala menurut Rejim Zionis pada Khamis lalu, pihaknya meningkatkan bilangan askar Israel.

Perdana Menteri Israel, Yair Lapid pula berkata, Rejim Zionis terpaksa melancarkan ‘operasi  awal ke atas ancaman serta-merta’ oleh pejuang Palestin  susulan ketegangan yang berterusan  selama beberapa hari di sempadan Gaza.

Rejim Zionis dan Jihad Islam mengesahkan mengenai pembunuhan komander kanan kumpulan itu, Taysir al-Jabari, dalam satu serangan semalam. 

Bedilan roket dan serangan Israel berterusan semalaman dan berisiko mencetuskan semula perang 11 hari pada Mei 2021 yang memusnahkan Gaza dan memaksa penduduk Israel berlindung di kubu-kubu bawah tanah.

“Israel tiada minat mencetuskan konflik lebih meluas di Gaza tetapi tidak akan mengelak jika terpaksa,” kata Lapid dalam ucapan di televisyen.

Pihak tentera pada awalnya mengesahkan sekurang-kurangnya 70 roket dilancarkan dari Gaza dan menyebut, 11 roket jatuh di wilayah berkenaan dengan berpuluh-puluh lagi lagi dipintas sistem pertahanan ‘Kubah  besi’,  manakala sebilangan yang lain mengenai kawasan terbuka. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI