fbpx

Satria Dewa: Gatotkaca bakal jengah ke pawagam 18 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas meraih sambutan hebat di Indonesia, filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda, Satria Dewa: Gatotkaca bakal menjengah ke pawagam tempatan bermula 18 Ogos depan.

Menurut Pengarah Urusan Horizon Film Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman, selepas melihat penerimaan baik filem tersebut di Indonesia, pihaknya percaya dan yakin naskhah itu juga bakal  mendapat sambutan ramai di negara ini.

“Filem ini diangkat daripada siri kisah Gatotkaca iaitu karya segar yang merupakan legenda adiwira di Indonesia. Malah, filem ini juga berbeza terutama daripada aspek jalan cerita serta lakon layarnya.

“Selepas menerima sambutan baik di Indonesia, saya yakin peminat filem tempatan terutama mereka yang gemarkan filem adiwira serta aksi pasti tidak sabar menonton Satria Dewa: Gatotkaca.

“Selain itu, salah seorang pelakonnya adalah Yayan Ruhian yang memang sudah mencipta nama di Hollywood. Saya yakin naskhah Satria Dewa: Gatotkaca sangat dinantikan oleh semua peminatnya,” katanya.

Satria Dewa: Gatotkaca yang diterbitkan Satria Dewa Studio mengisahkan Yuda mencari pembunuh bersiri yang telah mengambil nyawa ibunya sendiri, Arimbi dengan bantuan rakan-rakannya.

Dalam pencarian tersebut, Yuda mula sedar dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan menggunakan kelebihan itu untuk melindungi insan tersayang serta mencari dalang pembunuhan bersiri itu.

Filem aksi tersebut dibarisi pelakon hebat seperti Rizky Nazar, Yasmin Napper, Fedi Nuril, Ali Fikry dan Yayan Ruhian

Bukan hanya di Malaysia, Satria Dewa: Gatotkaca juga bakal ditayangkan di Amerika Utara selepas Well Go USA dipertanggungjawabkan untuk mengedarnya di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI