fbpx

Dua beradik maut dipatuk ular selang sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu kajian yang dikeluarkan pada 2020 mendapati sekitar 1.2 juta orang di India dalam tempoh 20 tahun sebelumnya telah dibunuh oleh patukan ular. - NDTV

NEW DELHI – Seorang lelaki di India maut akibat dipatuk ular selepas menghadiri upacara pengebumian abangnya yang juga meninggal dunia selepas dipatuk haiwan berbisa itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Polis memaklumkan bahawa Govind Mishara, 22, telah melawat kampung Bhawanipur pada Rabu lalu untuk menghadiri upacara pengebumian abangnya, Arvind Mishra, 38.

Arvind dipatuk ular dan maut pada Selasa lalu, kata pegawai polis sub-bahagian, Radha Raman Singh kepada agensi berita PTI.

“Govind terbunuh selepas dipatuk ular ketika tidur. Salah seorang ahli keluarga mereka, Chandrashekar Pandey, 22, yang berada di rumah sama turut dipatuk ular.

“Chandrashekar dikejarkan ke hospital di mana keadaannya masih kritikal,” katanya.

Dua lelaki berkenaan telah melakukan perjalanan sejauh 80 kilometer dari bandar Ludhiana  untuk menghadiri upacara itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI