fbpx

Penerbangan komersial diminta jauhi ruang udara Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jet tentera China terbang melintasi pulau Pingtan iaitu salah satu lokasi paling dekat dari Taiwan di wilayah Fujian hari ini. - AFP

BANGKOK – China memberi amaran kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di Asia agar mengelak daripada memasuki ruang udara Taiwan dalam tempoh empat hari ketika Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menjalankan beberapa siri latihan sehingga Ahad ini, lapor laman berita Thaiger.

Sebagai tindak balas kepada lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taipei, Komando Teater Timur PLA mengumumkan bahawa Beijing akan menjalankan beberapa siri latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup bermula 4 Ogos (semalam) sehingga 6 Ogos ini di sekitar perairan wilayah Taiwan.

Pengumuman itu turut mendedahkan bahawa latihan tersebut akan berlaku di laluan air dan ruang udara namun, Beijing tidak mendedahkan mengenai jadual latihan.

“Tindakan ini adalah tindak balas yang perlu kepada aktiviti pakatan sulit antara AS dan pasukan ‘kemerdekaan’ Taiwan,” kata jurucakap Komando Teater Timur PLA, Shi Yi.

China mengeluarkan Notis kepada Tentera Udara (NOTAM) untuk menggesa setiap syarikat penerbangan yang beroperasi di Asia agar mengelak daripada melintasi ruang udara atau berada berdekatan dengan Taiwan semasa latihan dijalankan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI