fbpx

Suami isteri dicekup tidak sempat ‘eksport’ syabu RM670,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri yang ditahan bersama 15 bungkusan syabu berhampiran Pantai Morib.

KUALA LANGAT – Sepasang suami isteri tidak sempat ‘memasarkan’ dadah bernilai RM670,000 ke Indonesia apabila dicekup dalam sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire berhampiran Pantai Morib, di sini baru-baru ini.

Pasangan warga tempatan berusia 44 dan 46 tahun tersebut ditangkap kira-kira pukul 5.50 petang pada 29 Julai lalu bersama dadah jenis syabu seberat 15.88 kilogram (kg).

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, kejayaan itu hasil risikan pihaknya bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal menemui sebuah kotak mengandungi 15 bungkusan teh cina jenama ‘Qing Shan’ berwarna hijau dalam MPV itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bungkusan itu mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Berat keseluruhan dadah itu adalah 15.58kg dengan dianggarkan bernilai RM 670,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, berdasarkan siasatan kesemua dadah itu akan dipindahkan ke bot pancung yang akan menuju Indonesia.

Siva menegaskan, kedua-dua suspek dan bungkusan dadah yang dirampas telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Langat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI