fbpx

Parah ditetak kerana tegur tunggang motosikal secara bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan yang ditetak pada kepala dan tangan gara-gara menegur seorang lelaki kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Hanya kerana menegur tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya, seorang pengawal keselamatan ditetak pada kepala dan tangan kiri menggunakan parang dalam kejadian di tapak projek perumahan di Bukit Banyan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Ismail Ahmad, 58, yang cedera parah pada kepala dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan.

Dia dari Taman Ria Jaya di sini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil temu bual awal, mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang bertugas di pos pengawal di tapak projek tersebut.

“Dia kemudian ternampak seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di tapak projek lalu menegurnya.

“Tidak lama kemudian datang tiga lelaki tidak dikenali dan mereka terus bertindak memukul dan menetak mangsa dengan parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa dikejarkan ke HSAH dan rawatan mendapati dia mengalami kecederaan luka di kepala dan tangan kiri.

Menurut Zaidy, sebaik menerima laporan itu, pihaknya berjaya menahan dua suspek di kawasan Sungai Petani dan sedang memburu seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI