fbpx

Cal Crutchlow sertai RNF ganti tempat Dovi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRUTCHLOW bakal menyertai pasukan RNF musim depan mengisi kekosongan ditinggalkan Dovi yang memilih untuk bersara. – AFP

SAN MARINO – Pelumba Britain, Cal Crutchlow kembali berada dalam grid Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bersama pasukan WithU Yamaha RNF dalam baki enam pusingan musim ini bagi menggantikan tempat Andrea Dovizioso.

Pelumba Itali, Dovizioso membuat keputusan mengejut bersara awal bersama pasukan yang dikendalikan oleh Datuk Razlan Razali itu sejurus berakhirnya perlumbaan GP San Marino.

Dovizioso sebelum ini secara terbuka mengumumkan bahawa dia tidak akan berada pada sai­ngan MotoGP musim hadapan sekiranya dia tidak kompetitif.

Justeru, Crutchlow dipanggil mengisi kekosongan tersebut dan bersedia untuk membantu Yamaha mengumpul data pen­ting bermula di Grand Prix (GP) Aragon bulan depan.

Ini akan menjadi penampilan kali ketiga Crutchlow bersaing di MotoGP selepas mengumumkan untuk bersara pada penghujung musim 2020.
Sebelum ini, Crutchlow menggantikan Franco Morbidelli di Red Bull Ring karena pelumba Itali itu mengalami kecederaan.

“Saya tiada masalah untuk bersaing dalam baki enam Grand Prix terakhir musim ini bersama pasukan RNF. Saya fikir ia akan menjadi seperti tahun sebelum ini sebagai pelumba uji rasmi bersama pasukan Yamaha.

“Saya akan melakukan sebaik yang mungkin bersama pasukan ini terutama mengumpulkan beberapa data penting bagi Yamaha untuk menjadikan pasukan itu lebih kompetitif pada musim depan,” kata Crutchlow. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI