fbpx

Isu kartel ayam: Lima perusahaan didapati langgar Akta Persaingan 2010

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar pada sidang akhbar berhubung hasil siasatan Pasukan Khas MyCC terhadap isu kartel ayam di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Dapatan awal Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung isu dalam rantaian industri bekalan ayam mendapati sebanyak lima perusahaan telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, perkara itu terkandung dalam Keputusan Cadangan yang dikeluarkan selepas penilaian teliti dibuat terhadap laporan siasatan oleh Pasukan Khas MyCC.

“Pada 27 Jun lalu, Pasukan Khas MyCC membentangkan laporan penyiasatan.

“Selepas penilaian teliti dibuat terhadap laporan penyiasatan itu, MyCC sebagai badan separa kehakiman secara awalnya, melalui Keputusan Cadangan mendapati perusahaan-perusahaan tersebut melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010

“Mereka memasuki perjanjian antipersaingan dan/atau amalan bersepadu dalam menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utama pada awal 2020 hingga pertengahan 2022,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

MyCC pada 1 Februari lalu mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat sehingga ke akar umbi isu persaingan dalam industri ayam dan telur di Malaysia.

Tindakan itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan MyCC menyiasat isu tersebut dalam usaha menyelesaikan kenaikan harga ayam dan telur ayam.

MyCC ketika itu menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI