fbpx

Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak panah memaparkan lokasi kejadian perahu dinaiki empat sekeluarga karam di Sungai Rajang, Kuching hari ini.

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi apabila enjin perahu dinaiki empat sekeluarga itu menghadapi masalah.

“Enjin perahu mengalami masalah dan gagal dihidupkan menyebabkan perahu hanyut lalu melanggar tongkang yang berlabuh mengakibatkan perahu berkenaan karam.

Operasi mencari kanak-kanak hilang dilaksanakan di Sungai Rajang, Kapit hari ini.

“Ayah mangsa, Antas Agang bersama isteri dan salah seorang anaknya berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa, Jenggut Atas, 10, hilang dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bersama anggota polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI