fbpx

Kes Covid-19 turun bawah 5,000 semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini kembali merekodkan bawah 5,000 apabila sebanyak 4,413 kes dilaporkan semalam termasuk enam kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,659,259 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,394 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,613,676 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 47,534 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,011 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,344 diikuti Selangor (1,129), Perak (327), Sabah (281), Negeri Sembilan (263), Pulau Pinang (230), Melaka (159), Kedah (123) dan Sarawak (105).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (95), Kelantan (93), Putrajaya (90), Pahang (89), Terengganu (48), Perlis (21) dan Labuan (14),”kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,003.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,651 setakat ini.

Sebanyak 45,928 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,531 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 32 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI