fbpx

AUG 2022: Malaysia tak goyang jumpa Gajah Perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF NAJMI (belakang, kanan) sudah bersedia berdepan Thailand pada aksi final AUG 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat esok.

UBON RATCHATHANI – Kapten skuad bola sepak negara, Muhammad Aliff Najmi Shaaini menggesa rakan sepasukannya agar tidak melakukan kesilapan mudah menentang Thailand pada final Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 esok.

Bek tengah Kelantan United itu langsung tidak gentar dengan reputasi Thailand sebagai pasukan yang tidak pernah gagal menjuarai AUG menjelang aksi di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu.

Menurutnya, keyakinan mereka berada pada tahap tertinggi berikutan berjaya seri 2-2 dengan skuad Gajah Perang itu sewaktu aksi liga sepusingan sebelum ini.

“Saya yakin dengan kemampuan rakan sepasukan kerana berdasarkan tiga aksi terdahulu, mereka menunjukkan komitmen tinggi dan mampu menyekat kemaraan Thailand daripada memperoleh tiga mata.

“Cuma aksi final esok perlu lebih fokus dan kurang melakukan kesilapan. Harap kami dapat beraksi seperti perlawanan kedua ketika seri bertemu Thailand, malah sebenarnya hampir memenangi aksi itu.

“Jurulatih mungkin sudah ada strategi untuk menyekat kemaraan Thailand supaya kemenangan berpihak kepada kami,” kata penuntut dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Malaysia mara ke final selepas menduduki tangga kedua dalam carta liga sepusingan menerusi kemenangan 2-1 ke atas Myanmar dan seri 2-2 dengan Thailand walaupun aksi terakhir tumpas 1-2 kepada Laos.

Biarpun tewas tetapi peluang skuad negara tidak terjejas kerana memiliki jumlah perbezaan gol yang lebih bagus walaupun mengumpul empat mata sama dengan Laos di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI