fbpx

Letsile Tebogo dianggap ‘Usain Bolt’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEBOGO (tengah) berjaya memecahkan rekod dunia acara 100m pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia kelmarin. – AFP

CALI – Pelari berusia 19 tahun, Letsile Tebogo kini menjadi perhatian dunia selepas disebut-sebut menjadi pengganti raja pecut dari Jamaica, Usain Bolt sejurus meraih emas dalam acara 100 meter (M) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia kelmarin.

Pelari dari Kanye, Botswana itu melakukan kejutan meme­cahkan rekod dunia dalam acara 100m dengan catatan 9.91s pada saingan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan Tebogo meraikan kejayaan sambil melihat pesaingnya, Bouwahg­jie Nkrumie dari Jamaica pada 20 meter terakhir mengimbas kembali kejayaan Usain Bolt dalam acara tersebut.

“Apabila orang menganggap itu sebagai tindakan yang tidak baik, saya mohon maaf.

“Saya hanya melihat peminat dan semua orang di rumah boleh menikmati perlumbaan ini sambil mengingatkan mereka tentang apa yang dilakukan Usain Bolt sebelum ini.

“Usain Bolt adalah idola saya dan beliau antara individu yang saya hormati serta menjadi panduan buat saya,” kata Tebogo.

Pada aksi saringan 200m pagi semalam, Tebogo sekali lagi mencuri perhatian selepas melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila memecahkan rekod kejohanan dengan kepantasan 19.99s ketika mengungguli sari­ngan kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI