fbpx

Cristiano Ronaldo buat Manchester United semakin muak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) terus memburukkan situasi apabila tindakannya meninggalkan stadium sebelum perlawanan menentang Vallecano berakhir dikecam hebat. – AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak Liga Perdana Inggeris, Jamie Carragher percaya bahawa khid­mat Cristiano Ronaldo tidak lagi diperlukan oleh Manchester United biarpun kelab itu meng­akui tidak bersedia untuk melepaskannya.

Ronaldo terus mencetuskan kontroversi apabila terbaharu dia bertindak meninggalkan Old Trafford ketika aksi persahabatan menentang Rayo Vallecano belum pun berakhir sehingga mengundang berang pengurus pasukan itu, Erik Ten Hag yang melabelnya sebagai suatu yang tidak dapat diterima.

“Saya sentiasa berfikir bahawa keputusan membawa pulang Ronaldo adalah silap. Sebelum ini saya sudah merasakan bahawa apa yang berlaku ketika ini akan menimpa Ronaldo walaupun dia adalah legenda kelab itu.

“Ada satu peringkat dalam karier adalah apabila anda tidak lagi menjadi pemain yang sama. Pada usia 37 atau 38 tahun, Ro­naldo adalah pemain yang berbeza. Tidak ada lagi kelab yang mahukannya di Eropah.

“Jika anda bertanyakan Erik Ten Hag, saya fikir beliau juga tidak mahukan Ronaldo. Saya tidak pasti adakah masih ada pemain di bilik persalinan mereka mahukan Ronaldo kekal,” kata­nya.

Bekas kapten United, Gary Neville mengakui bimbang ­situa­si yang menimpa Ronaldo ketika ini menyebabkan jasa­nya akan dilupakan oleh para peminat kerana ia memberikan impak negatif yang lebih besar berbanding kebaikan untuk ­pasukan.

“Jika anda lihat, pengurus se­perti Pep Guardiola, Jurgen Klopp, Antonio Conte dan Alex Ferguson, apabila isu pemain menguasai kelab dan mengganggu perjalanan pasukan, hanya satu perkara yang akan dilakukan oleh mereka, membuangnya. Semua orang mengetahuinya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI