fbpx

Mahkamah:Kes saman Sultanah Nur Zahirah terhadap Clare didengar 20 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultanah Nur Zahirah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 September ini bagi mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak dalam kes saman fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap pengarang Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua lagi.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan Lee menetapkan tarikh itu selepas mahkamah selesai mendengar semua keterangan daripada lima saksi daripada pihak plaintif dan defendan yang selesai pada hari ini.

“Semua pihak perlu memfailkan hujahan bertulis pada 12 September dan hujahan balas perlu difailkan pada 19 September. Seterusnya mahkamah akan mendengar hujahan secara lisan pada 20 September ini,” kata Pesuruhjaya Kehakiman itu.

Sebelum ini antara yang memberi keterangan daripada pihak plaintif adalah Sultanah Nur Zahirah manakala bagi pihak defendan adalah Clare yang mana perbicaraan itu dilakukan secara dalam talian yang bermula pada Isnin lalu.

Pada Isnin lalu ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Americk Singh Sidhu, Tuanku Nur Zahirah bertitah bahawa baginda tidak faham kerana namanya disebut oleh Clare dengan mengaitkannya dengan Jho Low.

“Saya tak pernah kenal dia (Clare), saya tidak pernah terlibat dengan politik, mungkin dia nak dapat keuntungan dengan memburukkan nama orang. Saya tak kenal dia pun,” titah Sultanah Nur Zahirah.

Sultanah Nur Zahirah juga menyatakan Baginda tidak pernah masuk campur hal-hal berkaitan dengan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA).

Sementara Clare selaku defendan yang memberi keterangan melalui sidang video dari London hari ini berkata ia adalah kesilapan yang jujur ​​di pihaknya ketika menulis petikan itu pada 2018 yang mana dia ada membaca ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low, menyebut bagaimana dia mengenali Sultan.

“Ia adalah satu kesilapan jujur ​​di pihak saya yang saya percaya adalah benar apabila saya menulisnya. Tidak ada niat jahat dalam penulisan saya tentang petikan dalam buku tersebut. Saya tidak mengenali plaintif (Sultanah Nur Zahirah) secara peribadi dan saya tidak mempunyai sebab untuk memfitnahnya,” kata Clare.

Selain Sultanah Nur Zahirah, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah mendapat sebarang arahan atau titah daripada Sultanah Nur Zahirah berhubung pelantikan Jho Low dalam TIA.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI