fbpx

Kura-kura dilanggar kereta api ketika misi mencari ‘cinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clyde terselamat dalam kemalangan itu dan hanya cedera di bahagian atas cangkerangnya. - Perkhidmatan Berita East Anglia

LONDON – Seekor kura-kura Afrika di Britain yang dilanggar sebuah kereta api dari Norwich dipercayai sedang melalui musim mengawan dan cuba ‘melarikan diri’ daripada kedai haiwan untuk mencari pasangan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penumpang Kereta Api Greater Anglia baru-baru ini berdepan kelewatan ketibaan kereta api apabila pemandu hampir melanggar kura-kura tersebut.

Reptilia itu bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian atas cengkerangnya.

Sejak kejadian itu, timbul persoalan mengenai bagaimana dan mengapa kura-kura seberat 63.5 kilogram (kg) yang dipanggil Clyde itu melarikan diri dari rumahnya di Swallow Aquatics di East Harling, Norfolk.

Clyde ternyata merobohkan dinding sarangnya untuk mencari pasangan betina. Kura-kura gergasi itu kemudian merangkak melalui padang rumput dan menyelinap melalui sebuah pagar di sebelah landasan kereta api berhampiran pusat hidupan liar itu.

Malangnya, misi Clyde mencari pasangan hampir berakhir tragedi apabila sebuah kereta api melanggar cengkerangnya pada Isnin lalu, kira-kira sehari selepas ia melarikan diri.

“Saya fikir ia membebaskan diri kerana mahu mencari kura-kura betina.

“Nasib baik ia tidak cedera teruk. Kura-kura itu diberi antibiotik dan sedang berehat di pusat veterinar,” kata pengurus pusat Swallow Aquatics, Dillon Prest. 

Clyde telah tinggal di pusat itu selama beberapa tahun selepas keluarganya di Norfolk tidak dapat menjaganya lagi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI