fbpx

Tujuh ahli Geng 21 diberkas, seorang lagi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan gambar suspek geng kongsi gelap 21 yang masih bebas Sarjit Singh Balwant Singh pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu seorang ahli kumpulan kongsi gelap Geng 21 yang terlibat dalam jenayah samun bersenjata api di hadapan G-Residence, Pangsapuri Permai, Plentong di sini pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berkenaan, Sarjit Singh A/L Baljit Singh, 23, juga dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah lain.

Katanya, alamat terakhir suspek adalah di Kampung Sungai Plentong, Masai di sini.

“Pada pukul 8.30 malam, 8 Mac lalu, tiga penjenayah bersenjatakan sepucuk pistol melakukan cubaan samun terhadap empat mangsa yang menaiki sebuah kenderaan lain.

“Modus operandi digunakan adalah merempuh bahagian belakang kenderaan mangsa, sebelum melepaskan lima tembakan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, salah satu tembakan itu menembusi pegawai kanan seorang mangsa namun cubaan samun berkenaan bagaimanapun gagal manakala kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi pada 10 September lalu dan menahan tujuh lelaki Geng 21 di beberapa lokasi sekitar Wilayah Iskandar Johor, berusia antara 23 hingga 44 tahun.

“Dua daripada suspek telah dituduh dibawah Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 manakala seorang dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” ujarnya.

Ayob Khan turut memberitahu, kumpulan berkenaan merupakan antara lapan geng kongsi gelap yang dipercayai aktif di negeri ini dan banyak terlibat dalam perbuatan jenayah.

“Geng 21 dikesan banyak melakukan jenayah kekerasan termasuklah membunuh menggunakan senjata api.

“Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek dikehendaki untuk segera menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Asisten Superintenden Hafizudin Mohamad di talian 010-4008030,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI