fbpx

AUG 2022: Masih ada peluang ‘lanyak’ Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APIT kanan Malaysia (kanan), Nur Haziq Nurali gagal menyekat libasan killer Thailand pada aksi terakhir acara berpasukan AUG 2022 di Sekolah Benjamamaharaj hari ini.

UBON RATCHAHANI – Hasrat skuad sepak takraw negara untuk memalukan tuan rumah Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022, Thailand masih belum tercapai.

Ia susulan kekalahan 0-3 Malaysia kepada Thailand pada aksi terakhir liga sepusingan acarra sepak takraw berpasukan di Sekolah Benjamamaharaj hari ini.

Regu pertama negara diwakili Zuhri Zain, Amir Syahiran Mohd. Fuzi dan Muhamad Aiman Hakim Zahari tewas 13-21, 12-21.

Harapan diletakkan kepada regu kedua untuk bangkit mengimbangi keputusan juga tidak kesampaian apabila trio Faisal Fuad, Mohamad Nazhan Noor Azmi dan Nur Haziq Norali juga tewas 11-21, 12-21.

Nasib sama dialami regu ketiga Malaysia yang menampilkan Mohammad Imran Omar, Khairul Hafifi Tajudin dan Wan Muhammad Syazwan Wan Mohd. Asri selepas tewas 21-15, 13-21, 14-21.

Ia sekali gus membolehkan Thailand meraih pingat emas bagi acara tersebut, manakala skuad negara terpaksa akur meraih perak.

Namun, kem sepak takraw negara masih ada peluang untuk menebus kekecewaan itu apabila turun bersaing dalam kategori regu dan double yang menggunakan format kalah mati di venue sama bermula esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI