fbpx

Ainul Mardhiah semakin sihat, doktor hentikan penggunaan ventilator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul (kanan) ketika bergambar bersama ibu bapanya sebelum ini.

PETALING JAYA – Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dalam keadaan yang lebih baik selepas hampir lima hari berada di unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) bagi mendapatkan rawatan susulan akibat terkena jangkitan kuman.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan anaknya menunjukkan perkembangan yang baik pada hari ini dan kemungkinan doktor akan cuba menghentikan penggunaan ventilator.

“Ainul bertambah baik hari ini, doktor akan cuba ‘off ventilator’ dan anak saya masih berada dirawat di PICU.

“Doktor belum bagi apa-apa perkembangan mengenai berapa lama Ainul perlu berada di PICU kerana masih banyak prosedur rawatan yang mereka perlu lakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Saifuddin juga bersyukur kerana anaknya itu dilihat menunjukkan peningkatan yang baik setiap hari dan mengharapkan agar orang ramai terus mendoakan kesihatan Ainul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI