fbpx

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor berkata zakar lelaki itu kelihatan seperti terung. – Mail Online

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki dengan identitinya tidak didedahkan itu mengunjungi hospital seorang diri dan mengadu bahawa zakarnya telah membengkak selama empat jam.

Menurut penjelasan doktor, lelaki itu memberitahu dia berasa zakarnya ‘patah’ ketika melakukan hubungan intim bersama isterinya dan mengalami hilang ereksi selain uretranya mula berdarah.

Dalam penulisan sebuah jurnal perubatan, pakar berkata bahawa pesakit itu mengalami kesakitan yang dahsyat dan tidak dapat membuang air kecil.

Doktor yang memeriksa zakar lelaki itu menyifatkan zakarnya kelihatan berwarna ungu dan bengkok seperti sayur terung. 

Mereka percaya pesakit berkenan telah melakukan hubungan intim yang agak ganas lalu menyebabkan zakarnya terkena perineum (kawasan antara dubur dan alat kelamin) atau tulang dubur isterinya. 

Dalam International Journal of Surgery Case Reports, doktor menjelaskan bahawa pesakit itu dikejarkan untuk menjalani pembedahan kecemasan selama dua jam selepas tiba di Hospital Besar Dr. Soetomo di Jawa.

Empat bulan selepas pembedahan, pesakit itu ‘tidak mempunyai aduan yang serius’ dan hanya tinggal balutan kecil di zakarnya. 

Dia boleh membuang air kecil dan melakukan hubungan seks tanpa rasa tidak selesa. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI