fbpx

Perlu berjaga-jaga makan jamu yang janji penyakit hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai wanita hari ini memilih mengamalkan pemakanan jamu untuk kesihatan dalaman dan luaran badan.

Namun, perlu diingatkan untuk terus berjaga-jaga dalam memilih produk jamu agar tidak mengundang kemudaratan.

Pakar perubatan, Dr. Sharmina Kamal memaklumkan agar pengguna harus selidik dan memahami kandungan bahan yang dicampur dalam menghasilkan jamu tersebut sebelum mengamalkannya.

“Kena kenalpasti bahan dan ramuan jamu, takut ia tidak sesuai pada badan atau pada yang mempunyai alahan.

Tambah Dr. Sharmina, jamu merupakan bahan suplemen bagi membantu menyihatkan badan dan ia bukanlah ‘ubat’ yang menjamin memulihkan sesuatu penyakit.

“Jamu tidak mempunyai kajian saintifik seperti ubat dan tidak kesemua jamu akan menyenaraikan kandungan yang digunakan.

“Kalau jamu itu menjanjikan banyak perkara, contoh kanser boleh hilang, kita perlu ada rasa waswas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI