fbpx

Penjual buah merusuh berdepan penjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merusuh, tujuh tahun lalu.

MELAKA – Seorang penjual buah berdepan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan bersenjata sehingga mendatangkan kecederaan, tujuh tahun lalu.

Penolong Kanan Pendaftar Siti Khairiah Abdul Razak bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Tan Boon Jin, 25, bagi menunggu laporan fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama individu yang masih bebas didakwa merusuh sehingga mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata kira-kira pukul 9 malam di tepi jalan di Jalan Cheng Baru, pada 2 September 2015.

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili Peguam, Kent Tan Chiw Teng bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000 dengan mengambil kira anak guamnya hanya bekerja sebagai penjual buah di Singapura dan telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan kes.

Siti Khairiah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 22 Ogos ini bagi keputusan hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI