fbpx

Kedai buat rempeyek terbakar, peniaga rugi lebih RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahidi menunjukkan rempeyek yang tidak sempat dibungkus dalam botol serta tidak sesuai lagi untuk dijual dalam kejadian kebakaran kedai di Kota, di sini, malam tadi.

REMBAU – Seorang peniaga kedai rempeyek menanggung kerugian lebih RM30,000 apabila kedainya musnah dalam kebakaran di bangunan rumah kedai Kota, di sini, malam tadi.

Peniaga berkenaan, Ahmad Zahidi Mokti, 36, berkata, insiden kebakaran seumpama itu baharu pertama kali dihadapinya sejak perniagaan keluarga berasaskan kuih tradisional dimulakan pada tahun 2004.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur bagi menambah stok bahan di kedai dan terkejut apabila abang iparnya memaklumkan kedai mereka terbakar sekitar pukul 7.35 petang.

“Saya segera pulang dan sebaik tiba pasukan bomba sudah pun memadamkan kebakaran berkenaan. Banyak barang yang musnah dalam kejadian ini seperti rempeyek yang hanya menunggu masa untuk dipek ke dalam botol membabitkan lebih 80 botol.

“Malah, lebih 1,000 botol yang baharu dihantar di kedai juga mencair disebabkan bahang api. Susulan kejadian ini, saya kerugian lebih RM30,000 membabitkan pendawaian elektrik, barangan elektrik serta stok bahan seperti tepung, kacang dan sebagainya yang rosak,” katanya ketika ditemui di kedainya di Taman Gadong Kota, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 7.32 malam.

“Kebakaran membabitkan bahagian dapur yang musnah kira-kira 60 peratus. Operasi tamat pada pukul 8.30 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI