fbpx

Van mini tanpa pemandu jual snek mesin layan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van mini tanpa pemandu ini berfungsi menggunakan teknologi AI. – prtimes.jp

TOKYO – Sebuah syarikat teknologi dari Jepun membangunkan mesin layan diri mudah alih yang boleh bergerak seperti kenderaan tanpa pemandu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kyocera Communication Systems, kini sedang menguji kenderaan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tersebut di sekitar bandar Chiba.

Ia bergerak mengikut satu laluan yang telah ditetapkan di sekitar bandar itu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, lima hari seminggu.

Van mini itu dilaporkan melalui kawasan-kawasan di taman, pusat beli-belah dan bangunan-bangunan apartmen bagi menjual pelbagai jenis snek, coklat, minuman panas dan sejuk serta pemanis mulut seperti agar-agar dan aiskrim.

Buat masa ini, Jepun dilaporkan memiliki satu mesin layan diri untuk setiap 34 penduduknya, sekali gus menawarkan akses mudah kepada orang ramai untuk membeli makanan dan minuman di setiap jalan-jalan di negara itu.

Namun, dengan adanya mesin bergerak seumpama itu, teknologi tersebut dikatakan berkemungkinan mampu menghapuskan fungsi dan kewujudan kedai serbaneka.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut perlu dipantau dengan rapi agar ia tidak mengakibatkan sebarang kemalangan atau sistem digodam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI