fbpx

Kecoh video tak senonoh didakwa artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Platform media sosial hari ini menjadi panas apabila pengguna Twitter mula memperkatakan tentang rakaman beberapa klip video tidak senonoh melibatkan seorang penyanyi terkenal tanah air.

Menerusi paparan tangkap layar yang mula tersebar dalam aplikasi WhatsApp dan penyanyi itu dilihat dalam keadaan kurang sopan bersama seorang wanita yang tidak dikenali identitinya.

Hasil pemerhatian Kosmo! Online, paparan tangkap layar video dan foto lucah tersebut turut dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter sebagai bahan bukti kecurangan namun telah dipadam beberapa jam selepas itu.

Menurut dakwaan ramai, penyanyi tersebut sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita sejak beberapa tahun lalu.

Untuk rekod, sebelum ini, beberapa video lucah mirip selebriti tanah air menayang kemaluan juga pernah tersebar dan menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial.

Antara yang pernah menjadi mangsa ialah aktor Zul Ariffin, Aliff Aziz dan penyanyi muda, Aiman Tino. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI