fbpx

MAHA 2022 mula buka tirai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS giat melakukan persiapan akhir semalam di Castle of Fruits, MAEPS di Serdang sempena MAHA 2022 yang bermula hari ini. – FARIZ RUSADIO

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai hari ini dijangka menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Pameran dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu akan berlangsung selama 11 hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini sehingga 14 Ogos ini.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, persiapan terakhir giat dilakukan petugas sukarelawan, pempamer dan juga peniaga bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung.

Petugas Sukarelawan Pengurusan Pempamer, Rohaizad Ramly berkata, persediaan yang dilaksanakan hampir dua bulan itu melibatkan pelbagai pihak supaya MAHA 2022 dapat berlangsung dengan lancar.

“Konsep yang dibawa pada tahun ini masih dikekalkan seperti terdahulu, namun kelainan pada MAHA 2022 mengetengahkan lebih banyak pempamer tempatan berbanding sebelum ini.

Timbalan Pengarah Program Kawalan Biologi Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran MARDI, Dr. Farah Farhanan Haron menunjukkan demonstrasi madu ketika tinjauan persiapan pembukaan MAHA 2022 di MAEPS,, Serdang semalam. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

“Pada tahun ini, kita dapat saksikan lebih ramai pempamer tempatan disebabkan tiada penyertaan daripada pihak antarabangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rohaizad berkata, dia turut menjangkakan kehadiran pe­ngunjung yang luar biasa ekoran penganjuran MAHA tergendala selama empat tahun sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Seksyen Promosi Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Mohd. Firdaus Zakaria berkata, sebagai pempamer yang sinonim dengan penyelidikan pertanian, UPM amat teruja untuk berkongsi maklumat bersama masyarakat.

Pempamer giat melakukan kerja-kerja persiapan akhir di laman florikultur ketika tinjauan persiapan MAHA 2022 di MAEPS, Serdang semalam. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

“Kita harap untuk berkongsi dengan masyarakat tentang hasil pendidikan, kepakaran universiti dan teknologi terkini dalam pertanian dan juga ilmu pemantauan kepada masyarakat umum terutamanya dalam keadaan kita menghadapi krisis keselamatan makanan,” katanya.

Pameran pertanian terbesar dan berprestij itu juga menonjolkan sebanyak 1,500 gerai pa­meran dengan jangkaan 100,000 keha­diran pengunjung setiap hari.

PETUGAS giat melakukan persiapan akhir semalam di Castle of Fruits, MAEPS di Serdang sempena MAHA 2022 yang bermula hari ini. – FARIZ RUSADIO
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI