fbpx

Foto balai polis, Fazura undang tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN gambar sebuah polis oleh Fazura yang mencetuskan persoalan.

TIADA angin tiada ribut, Fazura tiba-tiba memuat naik sekeping foto menunjukkan papan tanda sebuah balai polis.

Biasanya orang ke balai polis sebab ada masalah, nak buat laporan atau mengambil tindakan untuk sesuatu perkara yang serius.

Tidak berkongsi lanjut, Fazura hanya meninggalkan kapsyen seolah-olah hendak memberitahu bahawa ada sesuatu yang berat bakal ditempuhi.

“Sedikit pencerahan, ini kes yang lebih berat. Kita serahkan pada ke hadrat Ilahi dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tulisnya.

Pening juga kalau nak tolong fikirkan apa pula masalah Fazura kali ini.

Tak apalah, Mizz Lahar yakin, semuanya bakal terjawab sebab awal-awal lagi Fazura nampak dah tak sabar nak kongsi cerita sebenar biar semua orang tahu.

MIZZ LAHAR: Terlopong bila dengar cerita sisi hitam seorang vokalis kumpulan muzik popular, tak sangka, nampak ‘cool’ dan selamba tapi aneh-aneh perlakuan seksualnya. Itu hari, bukan main kata media tak ada cerita asyik cari sensasi. Ternyata, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI