fbpx

Ainul Mardhiah lepasi tahap kritikal, masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Ainul Mardhiah kembali tidak stabil sejak semalam.

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah kini disahkan doktor tidak lagi berada di dalam keadaan kritikal dan semakin baik.

Namun, kanak-kanak berusia tiga tahun itu masih memerlukan rawatan di unit jagaan rapi dan diberikan ubat ‘rehat’ serta memerlukan sokongan ventilator.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menzahirkan perasaan syukur dengan perubahan kesihatan anaknya yang bertambah baik.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah.

“Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam dan dia masih kuat melawan (penyakitnya),” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya.

Rentetan itu, Safiuddin mengucapkan terima kasih buat doktor yang merawat anaknya kerana berjaya menyelamatkannya dari terus berada di zon kritikal serta mereka yang mendoakan kesihatan anaknya.

“Terima kasih kakak-kakak yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang. Terima kasih rakyat malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan.

“Tada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa buat anda semua supaya Allah berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda,” tulisnya.

Sehubungan itu, Safiuddin juga mendoakan buat kanak-kanak yang sedang bertarung nyawa dan berjuang melawan penyakit diberikan kesembuhan secara menyeluruh.

“Saya juga doakan buat doktor yang merawat diberikan jalan dan kefahaman, dan ibu bapa mereka diberikan ketabahan, kesabaran serta ganjaran di dunia dan di akhirat. Semoga Allah cukupkan rezeki kita semua.

“Mohon juga doakan Ainul sembuh dari serangan kuman ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin,” tambahnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan kini dilihat mampu buka mata walaupun hanya seketika. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI