fbpx

Taiwan tidak gentar amaran China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelosi (kiri) berdiri bersama Ing-wen di Pejabat Presiden di Taipei. - AFP

BEIJING – Menteri Luar China, Wang Yi berikrar untuk menghukum mereka yang ‘menyinggung perasaan’ Beijing ketika negara itu menunjukkan kemarahan ke atas lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan.

“Ini adalah satu sandiwara lengkap. AS melanggar kedaulatan China dengan bertopengkan apa yang dipanggil ‘demokrasi’. Mereka yang menyinggung perasaan China akan dihukum,” kata Wang Yi di luar mesyuarat ASEAN di Phnom Penh, Kemboja.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, latihan ketenteraan yang dijalankan oleh China sebagai tindak balas kepada lawatan Pelosi telah ‘melangkaui’ perairan wilayah pulau itu.

“Beberapa kawasan ‘diceroboh’ oleh latihan tentera China di perairan wilayah (Taiwan). Ini adalah langkah tidak rasional untuk mencabar perintah antarabangsa,” kata jurucakap kementerian, Sun Li-fang dalam sidang akhbar.

Pelosi tiba di Taiwan semalam walaupun terdapat siri ancaman yang semakin ketara dari China yang mendakwa pulau itu sebagai wilayahnya serta menganggap lawatan tersebut sebagai provokasi besar-besaran.

“Menghadapi ancaman ketenteraan yang sengaja dipertingkatkan, Taiwan tidak akan berundur. Kami akan terus bertahan demi demokrasi,” kata Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dalam satu acara bersama Pelosi di Taipei.

Beliau juga berterima kasih kepada Pelosi kerana mengambil tindakan konkrit untuk menunjukkan sokongan padu terhadap Taiwan pada saat genting. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI