fbpx

Widad, EW Group bangunkan bidang sains bio-regeneratif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD IKMAL (berdiri, tengah) menyaksikan sesi menandatangani MoU antara WESB dan EW Group di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) menerusi anak syarikat milik penuh, Widad Education Sdn. Bhd. (WESB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama EW European Wellness International GMBH (EW Group) untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan bidang sains bio-regeneratif.

Menerusi usaha sama itu, EW Group menyumbang pengetahuan dan kepakaran mereka dengan penyediaan struktur silibus, makmal dan latihan kepada pensyarah, manakala WESB menerusi Kolej Universiti Widad menyediakan kemudahan pembelajaran serta bantuan mendapatkan pensijilan dan akreditasi rasmi bagi kursus dalam bidang berkenaan.

Memandangkan perubatan regeneratif menjadi minat global pasca-pandemik, EW Group dan WBG percaya kerjasama berkenaan mampu memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang, dengan membekalkan professional terlatih dan perkhidmatan berdedikasi.

Ia juga seiring dengan matlamat WBG untuk menubuhkan hab kesejahteraan di projek Widad Langkasuka di Langkawi, yang turut melibatkan pembangunan hab pendidikan merangkumi kampus utama baharu untuk Kolej Universiti Widad.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata,  Kerjasama dengan EW Group selari dengan matlamat pihaknya untuk menyepadukan industry kesihatan dalam pembangunannya.

“Ini satu lagi peluang untuk kami mempelbagaikan minat perniagaan di rantau ini dengan belajar daripada pakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 28 Julai lalu, WESB menandatangani MoU dengan Hospital Andorra bertujuan menjalin kerjasama dalam industri sains kesihatan, melibatkan modul pengajaran kolaboratif, aktiviti akademik dan bukan akademik bersama, pertukaran tenaga pengajar dan pakar industri, pembangunan berterusan serta peluang kerjaya.

Ia juga menyediakan penempatan klinikal atau latihan amali pada masa hadapan untuk pelajar farmasi, bantuan perubatan dan kursus kejururawatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI