fbpx

Merana hidup, kawan guna slip gaji beli telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Baiknya hati seorang wanita sanggup memberikan slip gaji kepada rakannya bagi membeli telefon bimbit secara hutang di bawah sebuah institusi kewangan.

Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan hidupnya merana apabila rakannya hilang tidak dapat dihubungi manakala hutang itu tidak dibayar.

Menerusi aduannya pada Facebook Peguam Kebajikan, wanita yang tidak dikenali identiti itu memberitahu, dia sering menerima panggilan meminta hutang dilunaskan selain ugutan mahu datang ke rumah.

“Saya buntu, memang silap saya baik tidak bertempat.

“Masalah saya sekarang, memang tidak mampu untuk bayar sebab saya tidak bekerja,” katanya pada hantaran tersebut.

Lebih memilukan apabila wanita itu juga perlu menjaga suami yang menghidap penyakit kanser.

“Saya buntu disebabkan orang lain, saya jadi mangsa,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI