fbpx

Awie kena maki dengan ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSLAN menyampaikan cenderahati kepada Awie ketika Kempen Anti Scam PDRM 2022 di sini, malam tadi.

SEREMBAN – Pengalaman kena maki dengan ‘scammer’ membuatkan penyanyi, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengisytihar perang kepada sindiket itu.

Menurutnya, dia juga mungkin tidak terlepas dari menjadi mangsa sindiket atas talian itu kerana pernah menerima banyak panggilan dari nombor tidak dikenali.

Katanya, namun dia berjaya mengelak daripada menjadi mangsa kerana tidak melayan panggilan itu.

“Ada satu hari, dapat panggilan daripada ‘scammer’ saya beritahu supaya cari orang lain kalau mahu menipu, kemudian saya letak.

“Selepas itu dia menghubungi saya bertalu-talu. Dia marah dan maki saya. Sejak itu saya menyimpan dendam dan isytihar perang terhadap scammer,” katanya ketika Kempen Anti Scam PDRM 2022 (Awie Ride) di sini malam tadi.

Turut hadir dalam program itu Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid dan pelawak Saifulazam Mohammad Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek.

Tambahnya, dia kesal kerana ramai warga tempatan dalam kalangan usia 20-an bekerja dengan sindiket penipuan itu.

“Mereka sanggup menipu orang tua dan makan duit daripada hasil penipuan.

“Cuba bayangkan mangsa ini adalah ibu bapa sendiri dan habis segala simpanan untuk hari tua ditipu,” tambahnya.

Sementara itu, jelas Ruslan, beliau turut mempelawa lebih artis atau selebriti bagi memberi kesedaran berkenaan taktik penipuan sindiket itu kepada orang ramai secara sukarela.

“Selebriti tanah air atau pempengaruh media sosial boleh menggunakan laman sosial masing-masing untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Mereka tidak semestinya perlu bekerjasama dengan pihak polis secara langsung,” jelasnya.

Katanya lagi, golongan itu mempunyai pengikut yang ramai dan mudah untuk mendekati masyarakat berdasarkan populariti mereka.

Program jelajah kempen kesedaran berkenaan sudah melalui semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Seremban merupakan destinasi terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI