fbpx

Hujan lebat di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan berlaku melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang pada pagi ini sehingga pukul 12 tengah hari.

Menurut hantaran Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ia melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Selangor meliputi daerah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Dalam masa sama, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya hari ini.

Keadaan semasa hujan lebat di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berkongsi gambar daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan keadaan semasa air di Sungai Gombak dan Sungai Klang.

“Terdapat juga air bertakung di sekitar Jalan Loke Yew dan Jalan Parlimen. Bagaimanapun, aliran trafik masih berjalan dengan lancar.

“Kakitangan DBKL kini sudah berada di lapangan bagi memastikan segalanya terkawal dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya pada hantaran Facebook.

Sehubungan itu, warga kota dinasihatkan berhati-hati di jalan raya dan semasa menjalankan aktiviti seharian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI