JAKARTA – Ketua Sekretariat Presiden Indonesia, Heru Budi Hartono memaklumkan sambutan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos ini akan disertai rakyat selepas dua tahun disambut dalam majlis tertutup.
Menurut Heru, pihak istana Presiden telah menyediakan beberapa aktiviti sempena hari kebangsaan republik itu yang ke-77 yang bertemakan ‘Lebih Cepat Pulih, Bangkit Lebih Kuat’.
“Kami akan mengundang menteri, ketua institusi dan beberapa pegawai tinggi tentera serta polis,” kata Heru pada sidang media di Kompleks Istana Presiden, Jakarta, Senin (1/8/2022).
Heru berkata, tahun ini orang ramai juga akan dijemput ke Istana namun dalam jumlah terhad.
Ini adalah kali pertama masyarakat menyertai sambutan kemerdekaan sejak wabak Covid-19 melanda kerana dalam dua sambutan terakhir pihak Istana tidak menjemput orang ramai berikutan situasi pandemik.
“Kita menjemput orang ramai dalam jumlah yang terhad kira-kira seribu hingga dua ribu. Lebih kurang 2,000 bagi sesi pagi dan 2,000 hingga 3,000 bagi sesi petang,” jelas Heru.
Heru menjelaskan, orang ramai yang ingin menyertai siri sambutan 17 Ogos di Istana boleh mendaftar melalui laman web view.istanapresiden.go.id.
Sistem ni menggunakan kaedah siapa cepat daftar akan mendapat jemputan.
“Namun kemungkinan ia sudah ditutup secara automatik kerana sudah mencapai angka 2,000 hari ini (Selasa)” kata Heru. – Agensi