fbpx

Kembar siam dipisahkan guna teknik VR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bernardo dan Arthur kini akan menjalani rawatan pemulihan selama enam bulan di hospital selepas berjaya dipisahkan. - The Times

BRASILIA – Pasangan kembar siam dari Brazil yang bercantum pada bahagian kepala berjaya dipisahkan dengan bantuan teknik realiti maya (VR) yang canggih, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC), kelmarin.

Bernardo dan Arthur Lima yang berumur tiga tahun,  menjalani pembedahan di Rio de Janeiro, dengan bantuan dan arahan yang diterima daripada  pakar bedah di Hospital Great Ormond Streetl, London.

Pasukan pembedahan Britain itu mengambil masa beberapa bulan untuk mencuba teknik melakukan pembedahan kembar itu secara realiti maya, berdasarkan imbasan tomografi berkomputer (CT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI).

Ia digambarkan oleh ketua pasukan bedah tersebut,  Noor ul Owase Jeelani sebagai pembedahan alaf baharu yang di luar jangkaan.

Menurut Gemini Untwinned iaitu, badan amal yang membiayai pembedahan tersebut, ia adalah salah satu prosedur  pemisahan kembar Siam paling rumit pernah diselesaikan oleh Noor ul.

Beliau berkata, buat pertama kalinya, pakar-pakar  bedah di negara berasingan memakai alat pendengaran  dan pada yang sama,  beroperasi di sebuah bilik bedah realiti maya.

Kembar Siam  itu menjalani tujuh pembedahan kesemuanya, manakala pembedahan terakhir sahaja mengambil masa lebih 27 jam dan hampir 100 kakitangan perubatan.

“Ia sungguh mengagumkan. Ia benar-benar hebat untuk melihat anatomi dan melakukan pembedahan secara VR sebelum dilakukan pada pesakit. Ini membolehkan kami melakukan teknik ujian dan memperbetulkan kesilapan tanpa sebarang risiko.

“Saya terasa seperti melakukan pembedahan di planet Marikh menerusi kemajuan teknologi yang dibangunkan ini,” kata Noor ul.

Pasangan kembar itu berada dalam keadaan stabil dan akan disokong dengan rawatan pemulihan selama enam bulan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI