fbpx

Remaja mati lemas akibat dihanyutkan arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki ditemui mati lemas di Sungai Sedim, Kulim pada petang tadi.

KULIM – Kegembiraan empat remaja beriadah di Pusat Rekreasi Sungai Sedim di sini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.51 itu, mangsa Muhammad Hakimi Aiman Mohd Shahrin, 18, ditemui lemas oleh penduduk kampung selepas dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya pergi ke Sungai Sedim kira-kira pukul 12 tengah hari untuk mandi di kawasan rekreasi tersebut.

Katanya, mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama tiga rakannya.

“Penduduk kemudian menemui mangsa dalam keadaan terapung kira-kira 1 kilometer dari tempat mangsa dihanyutkan arus. Mangsa seterusnya dibawa naik ke atas tebing sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia dan penduduk kemudian menghubungi pihak polis untuk laporan.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kejadian ini dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI