fbpx

Padah mengaku makan jerung putih, selebriti media sosial China disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selebriti media sosial China mendakwa dirinya memakan jerung putih sebagai hidangan dalam satu video makanan. - Douyin

BEIJING- Seorang penulis blog makanan di Cina  disoal siasat polis selepas memuat naik klip video dia makan isi ikan jerung putih di platform penstriman Douyin, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Wanita yang menggelarkan dirinya Tizi, ialah pesohor media sosial  di laman Douyin dan mempunyai lapan juta pengikut.

Wanita itu popular kerana  makan haiwan yang jarang ditemui, luar biasa dan kadangkala terancam.

Dalam video terbarunya, Tizi menunjukkan hidangan ekor  jerung sebelum memakannya.

“Ia mungkin kelihatan ganas, tetapi dagingnya benar-benar sangat lembut,” kata Tizi.

Tizi turut memuat naik gambar dirinya berbaring di sebelah bangkai jerung putih bagi menunjukkan saiz ikan tersebut.

Menurut kapsyen pada video itu, jerung putih besar itu dibiakkan dalam kurungan tetapi ramai pengulas mempertikaikan bahawa adalah adalah mustahil untuk membela seekor jerung putih di dalam tangki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI