fbpx

Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Idris berkongsi gambar keadaan keretanya dan sebuah kereta lain yang terlibat dalam kejadian di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.

JOHOR BAHRU – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergeselan antara kereta bernombor pendaftaran Singapura dengan kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu tampil merakam percakapan di Balai Polis Trafik Johor petang semalam selepas kejadian mengenai insiden itu tular.

Katanya, tidak ada tangkapan dibuat terhadap lelaki warganegara Singapura itu setelah dia tampil untuk memberikan keterangan.

“Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga emas itu dibenarkan pulang dan dibenarkan balik ke Singapura kerana ini bukan kes jenayah.

“Sementara itu, polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, kereta kesayangan Tunku Idris calar ‘digesel’ sebuah kereta BMW bernombor pendaftaran Singapura dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang.

Tunku Idris turut turut berkongsi gambar keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya selain rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Menurut rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku pada pukul 2.17 petang tadi ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu masuk ke ruang parkir yang kosong.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI