fbpx

Patrick Bamford kembali jadi pilihan Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAMFORD antara pemain menjadi pilihan di jentera serangan pada saingan 2020/21 apabila mengumpul 194 mata selepas meledak 17 gol dan 11 bantuan gol.

PENYERANG Leeds United, Patrick Bamford dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang di­alami musim lalu dan dijangka mengetuai jentera serangan The Peacocks menjelang kempen 2022/23.

Pemain antarabangsa England itu merupakan antara pemain yang menjadi pilihan di jentera serangan pada saingan 2020/21 apabila mengumpul 194 mata selepas meledak 17 gol, selain me­lakukan 11 bantuan gol sebelum mengalami kecede­raan musim lalu.

Justeru, Bamford yang sudah pulih sepenuhnya pasti diberi tanggungjawab untuk berada dalam kesebesalan utama bagi mengetuai jentera serangan Leeds dan mampu mengulangi pencapaian terbaiknya dua musim lalu.

Selain itu, kehadiran pemain Feyenoord, Luis Sinisterra juga dijangka mampu memantapkan bahagian te­ngah skuad kendalian ­Jesse Marsch bergandingan bersama Jack Harrison, Daniel James, Rodrigo dan Mateusz Klich.

Walaupun Leeds bergelut dan hampir tersingkir pada saingan musim lalu.

Namun permulaan baharu bagi kempen 2022/23 mampu memastikan pasukan itu kembali memberikan saingan, sama ­seperti prestasi dua musim lalu.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh dibuat menerusi klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI