fbpx

Yoon Seung-ah derma rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOON SEUNG-AH

JIKA selebriti lain memilih cara tipikal membuat kebaikan dengan menyumbangkan wang ringgit atau barangan keperluan, lain pula halnya dengan pelakon Yoon Seung-ah.

Dia mengambil keputusan memotong dan mendermakan rambut sendiri selepas menyimpannya panjang selama tiga tahun untuk didermakan kepada pesakit kanser kanak-kanak.

Perkara tersebut dikongsikan Seung-ah menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam YouTubenya.

Dalam video berkenaan, pelakon itu menunjukkan gaya rambut baharunya yang dipotong dengan stail ‘bob cut’ atau potongan pendek.

Dedah Seung-ah, dia sebenarnya sudah lama menyimpan impian untuk mendermakan rambutnya kepada pesakit yang memerlukan.

Akhirnya selepas tiga tahun menyimpan rambut panjang, dia berjaya merealisasikan hasrat tersebut. Syarat untuk mendermakan rambut adalah rambut penderma mestilah melebihi panjang 25 sentimeter.

Menerusi video sama, Seung-ah turut berkongsi maklumat bahawa semua orang boleh melakukan sumbangan meskipun rambut dirawat dengan bahan kimia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI