fbpx

Aiskrim vanila tidak kurangkan sakit tekak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Aiskrim vanila tidak mengurangkan sakit tekak terutama bagi kanak-kanak yang mengalami penyakit tersebut.

Lebih teruk, kandungan utama dalam aiskrim vanila yang merupakan gula akan melambatkan proses kesembuhan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang doktor perubatan, Mazliana Mazlan melalui perkongsian video di Instagramnya.

Katanya, aiskrim mungkin menyebabkan radang tekak tidak pulih dan ais hanya untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak.

“Aiskrim vanila banyak ramuan yang digunakan. Lebih mengejutkan gula pula yang utama, perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet dan banyak lagi.

“Sakit tekak biasanya disebabkan jangkitan bakteria atau virus dan gula pula makanan bakteria. Kita bagi gula pada bakteria maka makin sakit lambat anak sembuh sakit tekak,” katanya,

Beliau turut menasihatkan bahawa tidak kira sama ada gula organik atau susu segar tetap ada sumber radang yang boleh pekatkan kahak.

“Gula walaupun organik, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tidak sihat,” ujarnya.

Jelas Mazliana, dia juga tidak terlepas daripada stigma masyarakat tentang makan aiskrim untuk melegakan sakit tekak sebelum mengetahui lebih mendalam tentang makanan proses.

“Boleh untuk kita bagi makan aiskrim waktu anak tidak sihat iaitu aiskrim buah, kisarkan sendiri dari buah semata-mata dan tidak perlu letak gula. Ini baru aiskrim yang sihat dan boleh dimakan oleh anak yang sakit tekak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI