fbpx

Muhammad Azeem kini hampiri catatan bawah 10 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM berjaya memecahkan rekod 100m kebangsaan pada saringan lapan di Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 tahun (B20) di Cali, Colombia awal pagi semalam.

IMPIAN Malaysia untuk melahirkan seorang jaguh pecut ­dengan catatan masa bawah 10 saat (s) acara 100 meter (m) semakin hampir menjadi realiti.

Keyakinan itu hadir menerusi kejayaan pelari muda berusia 18 tahun, Muhammad Azeem Fahmi yang baru sahaja meme­cahkan rekod 100m kebangsaan dengan catatan masa menakjubkan 10.09 saat (s).

Atlet dari Ipoh, Perak itu mencetak catatan tersebut dalam saringan lapan 100m pada Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 tahun (B20) di Cali, Colombia awal pagi semalam.

Azeem mengakui seakan-akan tidak percaya dengan kejayaannya memadam rekod 100m negara, 10.18s yang dilakukan Khairul Hafiz Jantan sewaktu Sukan Malaysia 2016.

Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah turut meluahkan rasa syukur selepas menyaksikan sendiri anak di­diknya mencipta sejarah baharu olahraga tanah air pada aksi di Stadium Pascual Guerrero.

“Tak terkata, tetapi betul-be­tul bersyukur. Alhamdulillah atas kejayaan ini,” katanya.

Sementara itu, Khairul Hafiz percaya tiada yang mustahil buat Azeem untuk menjadi pelari pertama dari rantau Asia Tenggara melakukan catatan bawah 10s selepas ini.03

“Saya berbangga Azeem dapat pecahkan rekod saya. Dia telah menunjukkan boleh berjaya ke­rana sebelum ini dia pernah diuji semasa Sukan SEA lepas (Vietnam 2021).

“Kalau ada rezeki dia boleh lari bawah 10s. Apa pun saya mendoakan Azeem supaya terus lakukan yang terbaik dan kami semua rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kejayaannya,” jelas Khairul Hafiz.

Kosmo! menerusi laporan khas bertarikh 2 September 2020 bertajuk ‘Azeem buru catatan bawah 10 saat’ mendedahkan peranca­ngan itu dan mahu melakukannya sebelum berusia 26 tahun.

Bukan itu sahaja, Azeem turut menanam impian untuk layak ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024 dan berdasarkan pencapaian semasanya, ia dilihat bukan sesuatu yang mustahil buat raja pecut Malaysia tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI