fbpx

Doakan kejayaan saya rakyat Malaysia – Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semoga kejayaan terus memihak kepada jaguh pecut muda negara di peringkat separuh akhir

UBON RATCHATHANI – Pemegang rekod baharu 100 meter (m) negara, Muhammad Azeem Fahmi mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia untuk menempa kejayaan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia.

Azeem, 18, mara ke separuh akhir selepas mengungguli peringkat saringan lapan di Stadium Pascual Guerrero awal pagi tadi dengan catatan masa menakjubkan 10.09 saat (s).

Catatan itu sekali gus memecahkan rekod lama 100m kebangsaan, 10.18s yang sebelum ini dilakukan oleh Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

“Terima kasih semua atas ucapan. Alhamdulillah untuk segala-galanya. Kita fokus separuh akhir dan harapnya ke final.

“Hanya yang saya minta kepada semua rakyat Malaysia ialah doa dan (ucapan) positif. Itu senjata paling kuat untuk diri ini,” katanya menerusi perkongsian di IG Story miliknya hari ini.

Azeem akan beraksi dalam saingan separuh akhir tiga bersama Almond Small (Kanada), Nazzio John (Grenada), Bouwahjgie Nkrumie (Jamaica), Alessio Faggin (Itali), Mukethwha Tshifura (Afrika Selatan), Hiroto Fujiwara (Jepun) dan Tomas Mondino dari Argentina.

Saingan separuh akhir itu dijadualkan berlangsung sekitar pukul 4 pagi waktu Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI