fbpx

Didenda RM3,000 bawa pasir lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL syarikat Nanyang Expertise Sdn. Bhd. selaku OKS berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka selepas didenda RM3,000 kerana membawa muatan pasir melebihi had dibenarkan. - FOTO MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Sebuah syarikat pengangkutan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah membawa muatan pasir melebihi had yang dibenarkan.

Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Nanyang Expertise Sdn. Bhd. selaku orang kena saman (OKS) yang diwakili Ali Katjo.

Mengikut pertuduhan, OKS didapati telah membawa sebuah lori treler dengan muatan pasir seberat 79,370 kilogram (kg) yang mana melebihi had muatan dibenarkan 51,000 kg dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.25 tengah hari di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat simpang Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam daerah Alor Gajah pada 12 Januari 2021.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Mohd. Hairen Rahim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS dengan mengambil kira lebihan pasir dibawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI