fbpx

Lelaki beli lima senjata, peluru guna alamat kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senjata api yang dibeli suspek dari Sepanyol menggunakan alamat sebuah syarikat kurier sebagai penerima.

MELAKA – Tindakan licik seorang kontraktor membeli lima senjata dan peluru dari Sepanyol dengan menggunakan alamat sebuah syarikat kurier sebagai penerima akhirnya terbongkar apabila dicekup pihak berkuasa, Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka, Norlela Ismail berkata, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu berjaya dikesan atas maklumat yang disalurkan oleh syarikat kurier berkenaan.

“Pada awal Jun lalu, kita mendapat maklumat daripada syarikat kurier terbabit yang berasa curiga dengan tindakan suspek membeli barangan logam menggunakan alamat bangunan itu sebagai penerima.

“Suspek dikatakan telah menghubungi syarikat kurier berkenaan dan meminta untuk menghantar barangan tersebut yang diisytiharkan sebagai ‘handycrafts metal decorations’ di sebuah hotel di Ayer Keroh,” katanya ketika sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, hari ini.

Katanya, hasil maklumat tersebut suspek berjaya diberkas pada 8 Jun lalu dan hasil pemeriksaan JKDM telah merampas dua laras ‘precision airgun’, satu laras ‘BB Rifle’ dan satu pucuk pistol angin beserta tiga tin peluru di tempat letak kereta hotel di Ayer Keroh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI