fbpx

Anggaran RM50.2 bilion kos pembinaan MRT3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Kos keseluruhan pelaksanaan Projek Mass Rapid Transit Laluan 3 (MRT3) dijangka menelan belanja berjumlah RM50.2 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kos pembinaan projek pengangkutan awam itu sahaja dianggarkan telah mencecah RM34.3 bilion.

“Daripada jumlah keseluruhan, RM8.4 bilion membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek.

“Manakala sebanyak RM1.9 bilion lagi perbelanjaan adalah bagi lain-lain kos,” jelasnya pada sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu mengenai jumlah kos pembinaan MRT3 dengan pecahan terperinci jumlah terbabit dan sama ada kerajaan akan mendapatkan persetujuan Parlimen bagi pelaksanaan MRT3.

Tambahnya, kerajaan pada 4 Mac 2022 bersetuju dengan pelaksanaan Projek MRT3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu milik dan cekap untuk keselesaan dan kemudahan rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI