fbpx

Fokus Mohamad Salah tidak lagi terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK (kanan) percaya bahawa Salah akan lebih tenang dan tajam musim ini selepas isu kontraknya bersama Liverpool selesai. – AFP

LIVERPOOL – Pertahanan Li­verpool, Virgil Van Dijk percaya rakan sepasukannya, Mohamed Salah mampu memberikan lebih fokus untuk tampil baik pada masa akan datang selepas segala isu melibatkannya selesai.

Ia seakan terbukti ketika bintang dari Mesir itu menjadi watak penting kepada The Reds ketika menewaskan Manchester City 3-1 pada perhitungan Perisai Komuniti awal pagi Ahad lalu.

Van Dijk menyifatkan keputusan Salah untuk terus kekal di Anfield sehingga Jun 2025 mula ‘membebaskan’ penyerang ber­usia 30 tahun itu daripada segala beban yang sedang bermain di fikirannya.

“Salah sentiasa mendapat perhatian. Dia adalah pemain yang hebat dan sentiasa membuktikan kualiti ada pada dirinya, namun penghujung musim lalu, terlalu banyak cerita tentang masa depan Salah.

“Pemain juga adalah manusia biasa dan sudah pasti berita itu akan beri kesan. Namun, kini dia sudah buktikan kualiti dimiliki­nya dan mampu bermain dengan lebih tenang,” katanya.

Selain impak yang dihadirkan oleh Salah, Liverpool memiliki banyak sebab untuk berasa gembira terutamanya selepas melihat persembahan penyerang baharunya, Darwin Nunez yang turut menyumbang satu gol ketika menewaskan City.

Van Dijk dapat melihat perjalanan Nunez seakan hampir sama dengan situasi dihadapi­nya pada debut dengan Liverpool apabila menghasilkan jari­ngan menerusi tandukan pada aksi pusingan ketiga Piala FA 2018 menentang Everton.

“Sama seperti saya. Soal wang yang dibelanjakan bukan perkara pokok, tetapi dia perlu kekal merendah diri, bekerja keras dan cuba menjadikan dirinya sebagai pemain penting buat pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI