fbpx

3 warga Singapura tunjuk samseng pukul lelaki guna sepana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang mengesan tiga individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan berlaku di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru, minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan luka pada hidung dan lebam mata kanan akibat dipercayai dipukul tiga lelaki warga Singapura dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, di sini, Ahad lalu.

Kejadian itu dikesan menerusi satu rakaman video berdurasi 30 saat yang tular sejak kelmarin yang menunjukkan sekumpulan tiga lelaki asing itu dipercayai menyerang mangsa berusia 24 tahun dengan menggunakan sepana.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menerima laporan pada 31 Julai lalu yang dibuat pengadu kira-kira pukul 10 pagi.

Ujarnya, polis melakukan siasatan dan mendapati punca kejadian adalah salah faham sesama mereka ketika berhibur di pusat hiburan terbabit.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 3.30 pagi, 31 Julai lalu di tepi jalan berdepan pusat hiburan tersebut. Hasil siasatan mendapati pengadu merupakan seorang lelaki warga tempatan telah dipukul menggunakan sepana oleh seorang lelaki warga asing anggaran umur 20 hingga 30 tahun.

“Mangsa tidak mengenali suspek berkenaan. Dalam kejadian tersebut mangsa mengalami cedera luka di bahagian hidung dan lebam pada mata kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI