PETALING JAYA – Suami wajib menyediakan tempat tinggal yang berlainan untuk isteri daripada ibu bapanya sekiranya terdapat perbezaan pendapat di antara pasangan tersebut.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, sekiranya si isteri tidak boleh tinggal atau duduk bersama ibu bapa suami, maka suami hendaklah cari rumah yang lain.
“Ini kerana kewajipan menyediakan nafkah rumah untuk isteri mestilah di rumah itu tidak ada seorang yang berkelahi dengannya.
“Kalau ada seseorang yang berkelahi dengan isteri, maka tidak sah bagi suami tunai kewajipan nafkah rumah tangganya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang individu mengenai hukum tidak mengizinkan ibu bapa tinggal bersama ekoran tidak mahu ada salah faham dengan isteri. – KOSMO! ONLINE