fbpx

IGB fokus pasaran kurier, logistik di Bandar Puncak Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ingenieur Gudang Berhad (IGB)  dahulunya dikenali sebagai Dynaciate Group Berhad bercadang untuk membangunkan tanah seluas 9.32 hektar di Bandar Puncak Alam, Selangor yang berharga RM30.45 juta untuk memfokuskan kepada pasaran kurier dan logistik.

Pengarah Eksekutif IGB, Melvin Lim berkata, projek tersebut bakal menjadi perhatian para pemain dalam industri tersebut kerana ia terletak dalam kawasan strategik.

 Cadangan pengambilalihan hartanah yang tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan ia dijangka siap menjelang suku ketiga 2024 itu bakal dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh IGB, Magnitude Resources Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat (SPA) dengan Yuwang Development Sdn Bhd (YDSB) serta  Global Bloom Sdn Bhd (GBSB) untuk pengambilalihan tanah perindustrian pegangan pajakan seluas 9.32 ekar di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Ini adalah cadangan pengambilalihan hartanah keempat yang dibuat IGB dalam tempoh kurang daripada dua bulan susulan pengukuhan aktivitinya dalam segmen pelaburan hartanah.

 “Kami secara agresif meninjau kaedah untuk terus maju dalam dalam pasaran pelaburan hartanah kerana ia mempunyai permintaan yang lebih kukuh dan memiliki margin yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, Lim menerangkan, pihaknya juga akan terus mencari sumber bank tanah atau hartanah baharu di lokasi mudah diakses yang mempunyai potensi pembangunan. 

“Pada masa hadapan, kami berharap dapat menjana keuntungan yang baik untuk kumpulan daripada gabungan pendapatan sewa berulang serta peningkatan nilai harta tanah,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI